>

Isnin, Julai 30, 2012

Rancangan Pengajaran Harian Karangan Surat Tidak Rasmi




Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan         : 2 B
Bil. Murid         : 20 orang
Tarikh              : 8 Oktober 2011
Hari                 : Sabtu
Masa                : 10.20-11.20 (60 minit)
Tajuk               : Penulisan- Karangan Ucapan
Objektif           : Pada akhir pengajaran ini, murid dapat,
i)                 Mengecam format penulisan karangan ucapan.
                   ii)         Menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan isi karangan                                        ucapan
                   iii)        Membina satu perenggan isi yang lengkap.
Penggabungjalinan Kemahiran:
i)                 Kemahiran interpersonal (mengecam maklumat).
                   ii)         Kemahiran intrapersonal (bertutur dengan yakin di hadapan                                        umun)
Huraian Sukatan Pelajaran:
                                    8.5 Aras 2 (i)
                                    HPU: Memproses maklumat untuk keperluan tertentu.
                                    HPK: Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara                                                         rasional untuk membuat inferens.
                                    HHP: Membina semula maklumat dengan menghubungkaitkan                                               fakta.

                                    2.2 Aras 1 (ii)
                                    HPU: Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan                                                dalam perbincangan.
                                    HPK: Menghuraikan idea yang bernas secara kritis dan rapi.
                                    HHP: Mengemukakan idea yang sesuai dalam perbincangan.
Kaedah:           : Konstruktif
Penerapan        : i) Ilmu            - Bahasa dan kemanusiaan, Moral
                         ii) KBKK         - Menghurai maklumat, merangka idea
                         iii) Nilai         - Kerjasama, keyakinan diri
           
Bahan Bantu Mengajar           : Papan putih, marker pen, kertas mahjong, pita pelekat

Pengetahuan Sedia Ada          : Murid pernah didedahkan dengan format karangan                                                      jenis ucapan.

Sumber                                :Shamsul Yusli B. Mohd Yusop dan Asian Bt. Abdul 
                                             Rahman (2010) Bahasa Malaysia Tingkatan 1
                                             Kuala Lumpur. DBP.
                                                           



                                                          

RANCANGAN MENGAJAR KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

 
LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN/ABM
Induksi Set
(10 minit)
Pakaian guru.
  • Guru mengedarkan lirik lagu ‘Pergi Tak Kembali’ kepada murid.
  • Guru memperdengarkan lagu nasyid dendangan kumpulan Rabbani berjudul ‘Pergi Tak Kembali’.
  • Murid-murid diminta memberikan respon yang berkaitan dengan lagu yang diperdengarkan itu.
  • Guru akan mengaitkan respon murid berkaitan lagu tersebut dengan isi pelajaran yang akan disampaikan pada hari tersebut.
  • Radio, Kaset, Edaran lirik lagu ‘Pergi Tak Kembali’.
Langkah 1
(15 minit)
Format karangan Ucapan
  • Guru meminta murid membaca secara senyap karangan ucapan yang terdapat dalam buku tekas Bahasa Malaysia pada halaman 231.
  • Guru menguji pengetahuan sedia ada murid berkaitan format karangan ucapan.
  • Guru akan memilih beberapa orang murid secara rawak dan bertanyakan ciri-ciri yang ada pada karangan ucapan.
  • Guru akan menerangkan format karangan ucapan dengan jelas kepada murid-murid.
  • Papan putih
  • Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan 2.
Langkah 2
( 15 minit)
Isi utama karangan Surat Tidak Rasmi.
  • Guru menyatakan kepada murid-murid bahawa tumpuan utama pelajaran adalah untuk menghasilkan satu perenggan isi utama karangan ucapan.
  • Murid-murid diagihkan kepada empat kumpulan dan diberikan masa selama 15 minit untuk menghasilkan satu perenggan isi karangan ucapan bertepatan dengan tajuk yang ditetapkan.
  • Murid diminta untuk menuliskan isi perenggan tersebut pada kertas mahjong yang diedarkan kepada setiap kumpulan.
  • Kertas mahjong
  • Marker pen
  • Pita pelekat
  • Nilai: Kerjasama, Kepimpinan

Langkah 3
(15 minit)
Pembentangan tugasan kumpulan
  • Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan dan membentangkan isi utama karangan ucapan yang telah dihasilkan.
  • Beberapa orang murid dipanggil untuk memberikan respon kepada pembentangan yang dilakukan oleh sesebuah kumpulan.
  • Guru memberikan peneguhan dari segi pujian atau penambahbaikan bagi setiap pembentangan yang dilakukan.
  • Kertas mahjong
  • Pita pelekat
  • Nilai: Keyakinan, Keberanian
Penutup
(5 minit)
Rumusan
  • Format karangan ucapan.
  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang format karangan ucapan.
  • Guru meminta murid untuk cuba menyiapkan pendahuluan dan penutup bagi karangan tersebut yang akan dibincangkan dalam pelajaran yang seterusnya.
  • Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan 2.


 
PENILAIAN

Penilaian Kendiri:

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Penilaian Pentaksir:

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...