Jumaat, Julai 27, 2012

Siapa Nak Jumpa Prince William & Kate Middleton?




Siapa nak jumpa dengan Prince William dan Kate Middleton? Sila angkat kaki anda sekarang juga! Cepat! Hehehe...Gurau saja! Kebetulan semasa melewati laman sosial sebentar tadi, RotiKaya ada melaporkan bahawa pasangan diraja ini akan mengunjungi negara kita pada bulan September ini! Jadi sesiapa kalau rasa nak berjumpa dengan pasangan popular ini bolehlah merebut peluang. Itupun, kalau ada peluang la...




B.e.r.i.k.u.t.M.e.r.u.p.a.k.a.n.P.e.t.i.k.a.n.A.r.t.i.k.e.l.D.a.r.i.L.a.m.a.n.R.o.t.i.K.a.y.a
Istana St. James hari ini telah mengesahkan jadual awal untuk lawatan rasmi Putera William dan juga isteri, Kate Middleton bersempana sambutan Queen’s Diamond Jubilee. Pasangan diraja paling popular & di’kenali di seluruh dunia ini akan tiba di Malaysia pada 13 September 2012 dan akan melawat melawat Kuala Lumpur serta negeri Sabah. Duke and Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari sebelum berlepas ke Kepulauan Solomon pada 16 September 2012 untuk lawatan seterusnya.
Putera William dan Kate Middleton kini sedang sibuk dengan tugas mereka sebagai duta rasmi untuk temasya sukan Olimpik London 2012 yang bermula secara rasmi esok. Jadual terperinci lawatan pasangan diraja ini ke Malaysia akan di’umumkan kelak namun kalau anda berminat untuk melihat pasangan ini lebih dekat, mungkin ini masanya.

1 Komentar:

Write Komentar
eimah siti
AUTHOR
10/9/12 3:39 PTG delete

thanks for the info

Reply
avatar