>

Rabu, April 04, 2012

Kembalinya Mona Gersang...





Semalam ada menggunakan khidmat Pak Cik Google mencari gambar untuk kemas kini belog. Tiba-tiba ada satu gambar yang menarik perhatian. Tidak terfikir pula akan keluar gambar itu. Bukan gambar lucah! Gambar ini berkaitan dengan kulit hadapan sebuah novel. Yang dicarinya novel lain. Jumpa. Tetapi disertakan juga dengan muka hadapan novel sensasi lagi kontroversi ini.

Sebenarnya, sebelum ini memang tidak pernah tahu menahu akan kehadiran novel ini dalam dunia penulisan. Sehinggalah seorang pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan ada menyebutkan tentang novel ini dalam membincangkan isu-isu berkaitan Kesusasteraan Melayu tanah air dan serantau.

Lantas, ekoran dunia kini berada di hujung jari, enjin pencarian seperi Google dan Yahoo menjadi sasaran untuk membongkar rahsia sebuah novel yang judulnya Mona Gersang. Katanya, novel ini terbit dalam era 70-an. Dan menerusi satu lagi portal ada juga dinyatakan kronologi novel ini, iaitu Mona Gersang, Kembalinya Mona Gersang dan kesudahannya Lagenda Mona Gersang.


Sejauh mana kebenarannya, tiadalah dapat dipastikan. Namun, apa yang pasti, setiap sesuatu yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan. Sama ada di dunia mahupun di akhirat.




Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

7 comments

22/5/12 4:32 PTG

cam sentap jer novel ni..mujur aku layan novel karya Ramlee Awang Musrsyid jer..layan

29/10/12 2:11 PTG

mcm tak sesuai nk di-publish kat malaysia je

29/10/12 2:35 PTG

@Anisa Anuar
Ermm, novel ni rasanya pernah terbit tp tak tau sama ada pasaran betul ke atau gelap..

29/10/12 2:36 PTG

@nawza Hehe..Novel-novel RAM mmg terbaik, bro!

16/1/13 3:46 PTG

dah baca novel I LOVE YOU, STUPID! karya Melur Jelita?

Tanpa Nama
30/3/14 8:55 PG

woww!!nice blog!I like it :)

15/7/14 10:22 PG

Macam saspen ja tajuk buku tu.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil