>

Sabtu, Mac 03, 2012

Ady Putra Kahwin Lagi?






Adi Putra kahwin lagi? Betul ke? Betul la tu, kalau dah ada gambar kahwin ni semua kan! Dengan siapa pulak tu? Nora Danish wei....  Aduh, takkan pasangan drama Tentang Dhia ini bermain asmara dalam diam pula! Aikk, jangan cepat melatah. Memang Adi Putra kahwin lagi dengan Nora Danish, tetapi sekadar lakonan dalam filem terbaru mereka yang berjudul Aku Terima Nikahnya. Nampaknya, keserasian dan aura gandingan mereka berdua dalam drama Tentang Dhia telah membuka mata penerbit terkenal David Theo untuk menyunting pasangan ini dalam filem terbaru terbitan Metrowealth miliknya itu.

























Aku Terima Nikahnya mengisahkan tentang hidup sepasang suami isteri Johan yang dibintangi oleh Adi Putra dan Arlisa dibintangi oleh Nora Danish yang baru sahaja berumah tangga. Malngnya, secara tiba-tiba berlaku sebuah kemalangan sehinggakan Johan mengalami Selective Amnesia dan lupa segala sesuatu mengenai isterinya.Aku Terima Nikahnya menyaksikan pengorbanan Arlisa untuk mengembalikan semula ingatan suaminya. Menarik bukan? Pastinya sebuah filem yang wajib tonton.  


 


Nampak gayanya selepas Ombak Rindu, makin banyak la penerbit yang tergerak untuk menghasilkan filem bergenre drama sebegini. Bagus la, kalau tidak penuh saja pawagam dengan cerita seram yang entah apa-apa gayanya sejak akhir-akhir ini. Selain Adi Putra dan Nora Danish, pelakon lain adalah Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel Ismail.



Gambar: Ehsan FB MIG Online

Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

2 comments

3/3/12 9:43 PTG

camana la Islam macamni..makin banyak pula filem yg aksi tak menunjukkan tauladan yg baik..spt filem OR tgk scene kat tv jer tp agak malu utk menontonnya..

AAS
14/5/13 9:41 PTG

Cantiknya blog awak :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...